Mission News

TATACARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI MELALUI POS BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH)

11 February 2013 1 views

 

1.              Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:

 

1.1          Warganegara Malaysia;

 

1.2          Pemilih Berdaftar;

 

 

1.3          Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa; dan

 

1.4          Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat dan Yala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.

 

 

2.              Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

3.        Borang 1 B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu  kaedah penghantaran seperti berikut:

 

3.1          Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my; atau

 

3.2          Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192; atau

 

3.3          Melalui pos ke alamat:

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62690 PUTRAJAYA

MALAYSIA

(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

4.              Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1 B.

 

5.              Sila lihat panduan untuk mengisi Borang 1 B (seperti di bawah).

 

6.              Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat dalam Borang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.

 

7.              Setakat 11 Februari 2013, senarai Pejabat-Pejabat Perwakilan Malaysia di Australia adalah seperti berikut;

 

Bil.

ALAMAT PERWAKILAN

 

1.

 

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, CANBERRA

HIGH COMMISSION OF MALAYSIA, CANBERRA

7 Perth Avenue, Yarralumla ACT, 2600 Canberra

Tel : 61 - 2 - 61 200 300 / 61 - 2 - 61 200 310

Faks : 61 - 2 - 6273 4340 / 61- 2 - 6273 2496

Emel : mlcnbera@kln.gov.my, malcanberra@malaysia.org.au, consular@malaysia.org.au

URL : http://www.malaysia.org.au/main.html

 

 

2.

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA, PERTH

CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA, PERTH

252 Adelaide Terrace Perth, WA 6000, Australia

TEL : 61-8-9225 7055

FAKS : 61-8-9225 7099

E-MEL : mwperth@cgmperth.net

 

 

3.

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA, MELBOURNE

CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA, MELBOURNE

Level 1, 432 St Kilda Road, 3004 Melbourne, Australia

TEL : 613-9573 5400

FAKS : 613-9866 6204

E-MEL : malmelbourne@kln.gov.my

 

                  

 

 

 

 

Perwakilan Canberra

11 Februari 2013

 

 

 

GARIS PANDUAN MENGISI BORANG 1B

 

1.         Sila baca dengan teliti dan semua ruangan yang berkaitan hendaklah diisi                           dengan lengkap.

 

2.         Sebarang kesilapan dalam pengisian borang ini boleh menyebabkan                 permohonan anda ditolak.

 

3.         Anda hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa anda merupakan seorang       pemilih berdaftar.

 

4.         Untuk mengisi maklumat berhubung Bahagian Pilihan Raya, anda boleh menyemak     maklumat tempat pendaftaran anda di laman-web SPR di www.spr.gov.my

 

Bahagian A

 

(i)             Nama penuh hendaklah diisi dengan HURUF BESAR mengikut nama seperti     dalam Kad  Pengenalan.

(ii)         Isikan nombor Kad Pengenalan dan nombor Pasport anda.

(iii)        Isikan nombor telefon bimbit dan nombor telefon anda yang lain yang boleh                       dihubungi.

(iv)        Isikan alamat emel anda dan nombor faks (jika ada).

 

Bahagian B

 

(i)         Isikan alamat tetap anda di luar negara dengan lengkap.

(ii)       Isikan nama bandar dan negara di mana Pejabat Pewakilan Malaysia berada  kerana sampul-sampul dan kertas undi anda akan dihantar ke Pejabat  Pewakilan Malaysia yang dinyatakan. Anda dinasihatkan agar menyemak  maklumat Pejabat-pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara di laman  sesawang SPR di www.spr.gov.my sebelum mengisi maklumat di ruangan  berkenaan.

(iii)       Isikan bahagian Parlimen dan Negeri di mana anda berdaftar sebagai                                pemilih.

(iv)      Nyatakan negara anda tinggal dan sebab mengapa anda tinggal di negara                         berkenaan.

(v)     Isikan tarikh-tarikh anda pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen/Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berkuatkuasa.

(vi)     Isikan jumlah keseluruhan (hari) anda kembali atau berada di Malaysia dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen/DUN yang sedang berkuatkuasa.

(vii)     Isikan tarikh permohonan dan turunkan tandatangan anda di dalam ruangan yang berkaitan.

 

Bahagian C

 

Bahagian ini TIDAK PERLU DIISI

 

Bahagian D

 

Bahagian ini TIDAK PERLU DIISI

 

Share:
Link copied to clipboard
Back