Mission News

Ambang Merdeka & Pesta Laksa, 30 Ogos 2020

30 August 2020 1 views

Konsulat Jeneral Malaysia di Perth dengan kerjasama Malay Association of Western Australia (MAWA) telah menganjurkan program Ambang Merdeka dan Pesta Laksa pada 30 Ogos 2020 bertempat di Dewan Malaysia Perth. Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-63 yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia yang berada di Perth dengan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan negara tercinta sambil menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di bumi Perth, Australia.

Share:
Link copied to clipboard
Back