BUAL BICARA DI RADIO MELAYU PERTH
2 JULAI 2016
Konsul Jeneral Malaysia di Perth telah diundang untuk satu sesi bual bicara oleh Radio Melayu Perth yang berkumandang melalui gelombang 95.3FM. Pelbagai perkara menyentuh tugasan di Konsulat, pengharapan sebagai Konsul Jeneral serta aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Konsulat telah dikupas sepanjang bual bicara yang diselang-selikan dengan lagu-lagu Hari Raya.