BUAL BICARA KHAS : ISU KUTIP BUAH DI AUSTRALIA
26 NOVEMBER 2016
Konsul Jeneral Malaysia di Perth telah diundang sekali lagi untuk satu sesi bual bicara khas oleh Radio Melayu Perth yang berkumandang melalui gelombang 95.3FM pada 26 November 2016 bagi mengupas isu petik buah yang semakin mendapat perhatian masyarakat di Australia dan Malaysia. Turut diundang adalah Sdr. Hadi Assanteh, seorang agen migrasi di Perth. Pelbagai perkara menyentuh permasalahan tersebut seperti faktor pendorong, statistik, usaha pencegahan dan sebagainya telah dikupas sepanjang bual bicara tersebut berlangsung selama sejam setengah.