HARI SUKAN NEGARA 2017
14 OKTOBER 2017
Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2017, Konsulat Jeneral Malaysia di Perth telah berjaya menghimpunkan 80 warga Malaysia yang terdiri daripada kalangan pegawai Konsulat, rakyat Malaysia yang bermastautin di Perth serta pelajar Malaysia untuk sama-sama memeriahkan sambutan hari tersebut. Sambutan tersebut telah diadakan di Lesmurdie Fall, Perth Hill yang terletak di pinggir Perth. Sejurus selesai acara memanaskan badan melalui aktiviti senamrobik, peserta telah melakukan aktiviti bush walking dengan menyusuri lereng bukit di Lesmurdie Fall sejauh 2 kilometer sebelum berpatah balik ke pintu masuk utama.