Nyanyian lagu Negaraku dan laungan Merdeka! Dirgahayu tanah airku, Malaysia!
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan para pengunjung yang telah memeriahkan Pasar Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 dan Hari Malaysia 2023 di 500, Hay St., Subiaco!
Sekalung penghargaan kepada penganjur bersama, Australian Asian Hospitality Alliance serta semua penaja termasuk atas segala kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharap agar semua yang hadir telah terhibur dan mengimbau kenangan di Malaysia melalui persembahan dan gerai-gerai makanan Malaysia yang disediakan. Semoga semangat kemerdekaan dan patriotisme akan terus marak dalam semua rakyat Malaysia di Australia Barat!
Thank you to all Malaysians and visitors who attended the Pasar Merdeka in conjunction with the 66th Independence Day and Malaysia Day 2023 at 500, Hay St., Subiaco! Our heartfelt appreciation to our amazing co-organiser, the Australian Asian Hospitality Alliance and all the sponsors in making sure the success of this programme. We hoped that you have enjoyed the wonderful performances and scrumptious food stalls available at the event place. May the spirit of independence and patriotism continue to prevail in all Malaysians in Western Australia!








