Program Imarah Ramadhan 2018M/1439H
Program telah dianjurkan oleh Education Malaysia Australia (Perth) yang bertempat di Dewan Malaysia Perth mulai 16 Mei 2018M sehingga 14 Jun 2018.
2 orang pelajar Tahfiz dari Institut Quran Darul Aman, Kedah telah dijemput oleh EMA bagi menjayakan Program Imarah Ramadhan 2018. Senarai imam jemputan tersebut adalah seperti berikut :
- Mohamad Amirul b. Mohamad Fadir
- Muhammad Amirol Akhmal Mohd Fazai
Para imam jemputan telah memimpin Solat Sunat Tarawikh dan Solat Sunat Witir sepanjang Ramadhan bersama pelajar dan rakyat Malaysia sekitar .
Program Iftar ( berbuka puasa dan moreh ) telah disediakan setiap hari hasil tajaan individu/ syarikat dan rakyat Malaysia yang berada di Perth.