Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima jemputan daripada Bangladesh Election Commission (BEC) untuk menyertai program pemerhati antarabangsa dalam Bangladesh Referendum and 13th Parliamentary Election pada 9 hingga 14 Februari 2026. Penyertaan SPR dalam program ini adalah komitmen berterusan SPR dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta memperkasa tadbir urus pilihan raya melalui perkongsian pengalaman dan amalan terbaik melalui pemerhatian ke atas pelaksanaan pilihan raya umum di negara lain.
Program pemerhati antarabangsa ni disertai oleh seramai 394 delegasi dari pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa. Delegasi SPR diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Ramlan bin Dato' Harun, Pengerusi SPR dan disertai oleh 4 orang pegawai SPR.
Tahniah diucapkan kepada BEC atas kejayaan pelaksanaan Bangladesh Referendum and 13th Parliamentary Election pada 12 Februari 2026 yang lalu dan terima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Dhaka atas bantuan sepanjang program ini berlangsung.