Uploaded 27 Sept. 2020

Ambassador Visits the Embassy of Bahrain in Kuala Lumpur
Ambassador Agus Salim visited the Embassy of the Kingdom of Bahrain in Kuala Lumpur on 17 August 2020 while he was on leave. It is located at Menara Goldhill, Jalan Raja Chulan. The spanking new chancery occupies a whole floor of the building since 2019. The Ambassador met with Ms. Maram Al Saleh, Charge d’Affaires of Bahrain for more than an hour where they discussed bilateral affairs between Malaysia and Bahrain. Both of them noted that a lot of activities have been planned for this year but were postponed or cancelled due to the Covid-19 pandemic. Ambassador received warm Bahraini hospitality and before leaving, he was introduced to the staff and taken on a short tour of the office.

Duta Besar Melawat Kedutaan Bahrain di Kuala Lumpur
Duta Besar Agus Salim Yusof telah mengunjungi Kedutaan Bahrain di Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2020 ketika beliau pulang bercuti di Malaysia. Kedutaan ini terletak di Menara Goldhill, Jalan Raja Chulan dan telah diduduki semenjak tahun 2019 melibatkan keseluruhan satu tingkat di menara tersebut. Duta Besar bertemu dengan Puan Maram Al Saleh, Charge d'Affaires Kedutaan selama lebih dari satu jam di mana mereka membincangkan hal ehwal dua hala antara Malaysia dan Bahrain. Kedua-duanya menyatakan bahawa banyak aktiviti telah dirancang untuk tahun ini tetapi ditangguhkan atau dibatalkan kerana situasi pandemik Covid-19. Duta Besar menerima layanan mesra oleh pihak Kedutaan dan telah diperkenalkan dengan kakitangan dan melakukan lawatan singkat ke pejabat Kedutaan sebelum pulang.