Mission News

Courtesy Visit by New Advisor to the Bahrain Economic Development Board (EDB)

25 April 2021 1 views

 

Uploaded on 25/04/2021

Courtesy Visit by New Advisor to the Bahrain Economic Development Board (EDB)

On 20 April 2021, Ambassador Agus Salim bin Yusof received in the Embassy, Ambassador (R) Iain Lindsay, the newly appointed Adviser to the Bahrain Economic Development Board (EDB). H.E. Lindsay worked as a British diplomat for 40 years, with experience in Europe, the Middle East and the Far East. He was the British Ambassador to Bahrain from 2011 to 2015.

Apart from introducing himself, Ambassador Lindsay has stated that Bahrain has identified Malaysia as one of the countries that are actively investing abroad. As such, he will seek to attract investment from Malaysia. Ambassador Agus Salim thanked him for the visit and would give full cooperation to EDB in attracting investment from Malaysia. He stressed that Bahrain needs to step up efforts to promote its country in Malaysia. Both sides acknowledged that Bahrain faces stiff competition from neighbouring countries even though Bahrain has some certain advantages.

 

Kunjungan Hormat oleh Penasihat Baru kepada Bahrain Economic Development Board (EDB)

Pada 20 April 2021, Duta Besar Agus Salim bin Yusof menerima kehadiran Ambassador (B) Iain Lindsay, penasihat yang baru kepada Bahrain Economic Development Board (EDB). Ambassador (B) Lindsay merupakan seorang warganegara Britain yang telah berkhidmat masa selama 40 tahun, dengan pengalaman di Eropah, Timur Tengah dan Timur Jauh. Beliau juga merupakan bekas duta besar Britain di Bahrain dari tahun 2011 hingga 2015.

Selain memperkenalkan diri, Ambassador (B) Lindsay menyatakan bahawa Bahrain telah mengenalpasti Malaysia sebagai salah sebuah negara yang aktif membuat pelaburan di luar negara. Oleh yang demikian, beliau akan berusaha untuk menarik pelaburan dari Malaysia. Ambassador Agus Salim pula mengucapkan terima kasih di atas kunjungan beliau dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada EDB di dalam menarik pelaburan dari Malaysia. Beliau menegaskan bahawa Bahrain perlu meningkatkan usaha mempromosi negaranya di Malaysia. Kedua-dua pihak mengakui bahawa Bahrain menghadapi persaingan sengit dari negara-negara jiran walaupun Bahrain mempunyai beberapa kelebihan tertentu.

Share:
Link copied to clipboard
Back