Mission News

JEMPUTAN UNTUK BERNIAGA DI BAZAR RAMADHAN 2021

09 March 2021 1 views

 

JEMPUTAN UNTUK BERNIAGA DI BAZAR RAMADHAN 2021

Kedutaan Besar Malaysia, Manama akan menganjurkan Bazar Ramadhan 2021 pada setiap hari Jumaat (16, 23, 30 April dan 7 Mei 2021) di Bangunan Kedutaan Malaysia, di Mahooz. Oleh itu, pihak Kedutaan ingin menjemput Tuan/Puan yang berminat untuk berniaga di Bazar Ramadhan pada tahun ini. Berikut merupakan butiran penyertaan:

  1. Penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang tinggal di Bahrain. 
  2. Penyertaan adalah di atas dasar “first come, first served”.
  3. Peserta hendaklah membuat jualan pada setiap minggu seperti tarikh di atas. 
  4. Peserta hanya dibenarkan menjual makanan dan minuman sahaja. 
  5. Bazar akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.
  6. Tarikh akhir pendaftaran ialah pada hari Khamis, 01 April 2021. 

Sebarang pertanyaan untuk penyertaan boleh dibuat dengan menelefon Puan Julia Binti Suhaili (Setiausaha Kedua) di talian +973 3230 1123.

Share:
Link copied to clipboard
Back