PENGUMUMAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM KE-13 OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Adalah merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah seperti berikut:
i. Tarikh Penamaan Calon
Sabtu, 20 April 2013
ii. Tarikh mengundi awal
Selasa, 30 April 2013
iii. Tarikh mengundi seluruh rakyat Malaysia
Ahad, 5 Mei 2013
Sekian, terima kasih.
Kedutaan Besar Malaysia
MANAMA, KINGDOM OF BAHRAIN
13 April 2013.