Mission News

PROGRAM USRAH DI MALAWAKIL MANAMA

13 January 2018 1 views

Malawakil Manama telah menjadi tuan rumah bagi program usrah yang diadakan dwi-mingguan di kalangan rakyat Malaysia di Bahrain. Program telah diadakan pada hari Jumaat, 12 Januari 2018 di Bangunan Canseri. 

 

Lebih dari 50 orang tetamu terdiri dari rakyat Malaysia dan keluarga yang menetap di Bahrain telah menghadiri program tersebut.  Program dimulai pada jam 4.00 petang dengan perkongsian ilmu bertajuk “Islam dan Globalisasi” oleh Prof. Dr. Ugi Suharto selama  satu jam dan diikuti oleh solat maghrib berjemaah dan solat jenazah ghaib bagi Arwah Putri Aidawati Ahmad, seorang rakyat Malaysia yang telah pulang ke rahmatullah. 

 

Tetamu telah menikmati jamuan ringan dan diikuti oleh solat isha’ sebelum semua bersurai pada jam 7.30 malam.  Program ini disifatkan berjaya dengan kehadiran yang sangat menggalakkan.

 

 

 

 

 
Share:
Link copied to clipboard
Back