
Kedutaan Malaysia bersama warga Malaysia di Bahrain telah dengan jayanya mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023. Atas semangat #MasyarakatMadani serta ukhwah, warga Malaysia di Bahrain telah menyediakan pelbagai juadah tradisi bagi menyambut Hari Lebaran yang terdiri daripada nasi impit, kuah kacang, rendang daging, satay serta beberapa juadah lain. Kehadiran bukan sahaja dari kalangan warga Malaysia di Bahrain, bahkan dari orang-orang kenamaan tempatan, warga diplomat, wakil-wakil kerajaan, dan tokoh-tokoh korporat turut hadir bagi memeriahkan sambutan hari raya di Rumah Malaysia.

Minal Aidin wal Faizin.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN
Salam Aidilfitri.
