Mission News

UNDANGAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 52 DAN JAMUAN RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI BAHRAIN

17 September 2009 1 views

Sukacita dengan segala hormatnya, TYT Duta Besar, Dato’ Syed Sultan Idris dan isteri YBhg. Datin Zarinah Hussin menjemput semua rakyat Malaysia di Bahrain ke satu majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 52 dan Jamuan Rumah Terbuka Eidul Fitri 2009.

 

2.         Maklumat mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut:-

 

            Tarikh              :           25 September 2009 (Jumaat)

            Masa               :           8:00 malam

            Tempat            :           Rumah Malaysia, Kediaman Rasmi Duta Besar, Jasra

            Pakaian           :           Lelaki  :  Baju Melayu Bersampin / Batik

                                                Wanita  :  Pakaian Kebangsaan

 

3.         Semua rakyat Malaysia berserta ahli keluarga adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini.  Tuan-tuan/Puan-Puan yang berhasrat untuk menghadiri majlis ini diminta untuk memberi jawapan awal kepada Kedutaan Besar Malaysia selewat-lewatnya pada 22 September 2009.

 

Sekian, terima kasih dan Selamat Menyambut Eidul Fitri 1430H.

 

“ 1 Malaysia: Rakyat Diutamakan, Pencapaian Didahulukan”

 

Salam mesra,

Ketua Canseri

b/p Duta Besar

Kedutaan Besar Malaysia

Manama

BAHRAIN

Share:
Link copied to clipboard
Back