
Uploaded: 02 Nov. 2020
WEBINAR: Importing Halal Food from Malaysia to GCC
On 27 October 2020, the Embassy of Malaysia co-hosted a webinar entitled “Importing Halal Food from Malaysia to GCC” with ASEAN Bahrain Council (ABC). A total number of 90 participants joined the webinar which consisted of Bahrainis and Malaysians businessmen and business association. The webinar started with remarks from Shaikh Daij bin Isa AlKhalifa, the Chairman of ABC, His Excellency Ambassador Agus Salim bin Yusof and Ms. Maram AlSaleh, Chargé d’Affaires of the Kingdom of Bahrain in Malaysia. Two (2) speakers represented Malaysia to promote Halal food products and services which are Mr. Omar Mohd Salleh, Malaysian Trade Commissioner Dubai and Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin, Chairman and Director of Dr. Aishah Solution. The webinar was a success in linking the Halal food business opportunity between Malaysia, Bahrain and GCC countries as in whole.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Webinar: Import Makanan Halal dari Malaysia ke Negara-negara GCC
Pada 27 Oktober 2020, Kedutaan Besar Malaysia dengan kerjasama ASEAN Bahrain Council (ABC) telah mengadakan webinar bertajuk "Mengimport Makanan Halal dari Malaysia ke Negara-negara GCC". Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada ahli perniagaan dan persatuan perniagaan dari Bahrain dan Malaysia telah menyertai sesi webinar ini. Webinar dimulakan dengan ucapan dari Shaikh Daij bin Isa AlKhalifa, Pengerusi ABC, Duta Besar Agus Salim bin Yusof dan Ms. Maram AlSaleh, Chargé d’Affaires Kedutaan Bahrain di Malaysia. Dua (2) orang penceramah mewakili Malaysia untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan makanan Halal iaitu Encik Omar Mohd Salleh, Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Dubai dan Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin, Pengerusi dan Pengarah Dr. Aishah Solution. Webinar ini telah berjaya menghubungkan peluang perniagaan makanan Halal antara Malaysia, Bahrain dan negara-negara GCC secara keseluruhan.