Mission News

Year End Dinner 2019

20 January 2020 1 views

 

Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2019

Kedutaan Besar Malaysia dan PERWAKILAN Manama telah menganjurkan satu majlis makan malam akhir tahun bertempat di Hotel Al Manzil, Juffair pada 30 Disember 2019. Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan kedutaan dan ahli PERWAKILAN Manama.

Ambassador Agus Salim Yusof dalam ucapan beliau telah menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua yang menjayakan program-program anjuran kedutaan sepanjang tahun 2019. Penghargaan dipanjangkan kepada semua yang sentiasa menyokong usaha kedutaan terutamanya kepada ahli PERWAKILAN dan sukarelawan yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama penuh di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Penghargaan diberikan kepada kumpulan penari kebudayaan yang banyak meluangkan masa dan tenaga di beberapa program Kedutaan tahun ini.

Acara menarik seperti secret santa, cabutan bertuah, sambutan hari lahir Disember dan karaoke telah memeriahkan suasana majlis. Selain itu, majlis yang julung kali diadakan ini berjaya merapatkan ukhuwah di antara kakitangan kedutaan, ahli PERWAKILAN Manama dan keluarga.

Pihak kedutaan mengucapkan terima kasih di atas komitmen sepanjang tahun 2019 dan Selamat Tahun Baru 2020!

     

 

Year End Dinner 2019

The Malaysian Embassy and PERWAKILAN Manama held the Year End Dinner at Al Manzil Hotel, Juffair on 30 December 2019. The event was attended by embassy staff and PERWAKILAN Manama members.

Ambassador Agus Salim Yusof in his speech, had expressed his gratitude to those who supported and committed towards embassy’s programs in 2019. Token of appreciation were given to cultural dancers group who contributed their time and energy in Embassy’s pogrammes this year.

Interesting programs prepared such as secret santa, raffles draws, birthday celebration for December and karaoke have enlivened the atmosphere. In addition, this event also manage to connect Embassy’s staff, PERWAKILAN members and families.

The embassy is grateful for commitments throughout 2019 and wishes Happy New Year 2020!

 

      

 

Share:
Link copied to clipboard
Back