Mission News

COMMONWEALTH DAY 2016 MESSAGE MONDAY, 14 MARCH 2016

13 March 2016 1 views

 

COMMONWEALTH DAY 2016 MESSAGE

 

MONDAY, 14 MARCH 2016

 

 

 

 

          Malaysia joins the Commonwealth family of nations to celebrate the Commonwealth Day today, 14 March 2016. It is a celebration of unity in the modern Commonwealth which is nurtured through understanding the Commonwealth’s aspirations amongst a vast diversity of cultures.

 

          Building on the momentum from last year’s theme which is “A Young Commonwealth”, this year’s theme “An Inclusive Commonwealth” refers to the values of tolerance, respect and understanding, as well as equity and fairness, set out in the Commonwealth Charter. It is also a day to celebrate the richness of the Commonwealth as a family of nations in which each Member State is valued equally and has an equal voice. The theme recognises the vital balance between inclusivity and equality. In changing times, the need for the Commonwealth to act as an inclusive network for mutual support, development and growth for all is as great as ever.

 

The Commonwealth has always been a unique platform to highlight the collective views and positions of its Member States on issues of common interest, as well as to cooperate and demonstrate their commitment towards the association’s values and principles, especially in seeking practical solutions to the many great tasks and challenges faced by the Commonwealth, and the world at large.

 

         

          Malaysia is steadfast in its commitment and support to the Commonwealth and looks forward to hosting the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) in 2020. Malaysia regards the Commonwealth as an important international entity which can play an advocacy and leadership role, especially in addressing the various global challenges that are affecting its members, particularly the small and least developed Member States.

 

 

 

 

 

Putrajaya

14 March 2016

 

 

 

 

MESEJ HARI KOMANWEL 2016

 

ISNIN, 14 MAC 2016

 

 

          Malaysia menyertai keluarga Negara-Negara Komanwel untuk meraikan Hari Komanwel pada hari ini, 14 Mac 2016. Ia merupakan sambutan mengenai perpaduan dalam Komanwel moden yang dipupuk melalui kefahaman aspirasi Komanwel tentang kebersamaan di kalangan kepelbagaian budaya yang meluas.

 

          Membina momentum daripada tema bagi tahun lepas iaitu “A Young Commonwealth”, tema “An Inclusive Commonwealth” pada tahun ini merujuk kepada nilai-nilai toleransi, menghormati dan memahami, ekuiti serta keadilan seperti yang termaktub dalam Piagam Komanwel. Ia juga merupakan hari untuk meraikan pertubuhan Komanwel sebagai sebuah keluarga Negara-Negara, di mana setiap Negara Anggota dinilai sama rata dan mempunyai suara yang sama. Tema ini mengiktiraf kepentingan dalam mengimbangi di antara keterangkuman dan kesaksamaan. Dalam peredaran masa, Komanwel perlu bertindak sebagai rangkaian terangkum untuk sokongan bersama dan pembangunan.

 

Komanwel sentiasa menjadi platform yang unik bagi Negara-Negara Anggotanya menekankan pandangan kolektif mereka mengenai isu-isu berkepentingan bersama, bekerjasama dan menzahirkan komitmen terhadap nilai-nilai dan prinsip-prinsip organisasi tersebut, terutama sekali dalam mencari penyelesaian yang praktikal bagi sebarang tugas dan cabaran besar yang dihadapi oleh Komanwel, dan dunia secara amnya.

 

          Malaysia telah menunjukkan komitmen dan sokongan yang jitu kepada Komanwel, serta akan menganjurkan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 2020. Malaysia menganggap Komanwel sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang penting yang dapat memainkan peranan sebagai pemimpin dan penasihat, khususnya dalam menangani pelbagai cabaran global yang menjejaskan Negara-Negara Anggotanya, terutamanya negara-negara kecil dan kurang membangun.

 

 

 

Putrajaya

14 Mac 2016

 

Share:
Link copied to clipboard
Back