Mission News

DEATH OF MALAYSIANS IN FLORES, INDONESIA

17 April 2016 2 views

The Ministry of Foreign Affairs wishes to confirm that the two Malaysians who were reported missing in Cunca Wulang Waterfall, Flores, East Nusa Tenggara, Indonesia on Saturday, 16 April 2016 have been found by the Indonesian rescue team on Sunday, 17 April 2016.

 

The remains of Mohamad Ezzaq Azraf bin Azumi has been found at 11.00 am, while the remains of Mohamad Azfar bin Tahir was found at 1.00 pm. The remains of the Indonesian tour guide, Wenseslaus Hendro Akung who was also reported missing was found at 3.00 pm local time.

 

The Ministry of Foreign Affairs and the Embassy of Malaysia in Jakarta would like to convey its condolences to the families involved in this tragedy and will provide appropriate assistance in bringing the remains back to Malaysia as soon as possible.

 

 

 

PUTRAJAYA

17 April 2016


 

 


 

KEMATIAN RAKYAT MALAYSIA DI FLORES, INDONESIA

 

 

Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa kedua-dua rakyat Malaysia yang hilang semasa semasa mandi di kawasan air terjun Cunca Wulang, Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada hari Sabtu, 16 April 2016 telah dijumpai oleh pasukan penyelamat Indonesia pada hari Ahad, 17 April 2016.

 

Jenazah Mohamad Ezzaq Azraf bin Azumi telah dijumpai pada jam 11 tengah hari, manakala jenazah Mohamad Azfar bin Tahir dijumpai pada jam 1.00 petang. Pemandu pelancong warganegara Indonesia, Wenseslaus Hendro Akung yang turut dilaporkan hilang telah dijumpai pada jam 3.00 petang waktu tempatan.

 

Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di atas tragedi ini dan akan memberikan bantuan yang sewajarnya dalam membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.

 

 

 

PUTRAJAYA

17 April 2016

 

Share:
Link copied to clipboard
Back