A 6.5-magnitude earthquake reportedly hit Kumamoto Prefecture, Kyushu region located 1,186km south of Tokyo at 9.26 pm on 14 April 2016. It was reported that at least nine local residents have lost their lives and 765 people were injured.
The Embassy of Malaysia in Tokyo had been able to contact 18 Malaysian students studying in Kumamoto University, the National College of Technology Kumamoto and Ariake National College of Technology. To date, all of them are safe and have moved to the evacuation zone designated by the Japanese authorities in Kumamoto City. The Embassy is confirming the status of other Malaysians who may have been in the affected area at the time.
The Japanese Government has announced that the relevant authorities are handling the situation by taking all necessary measures to assist the victims where possible.
Wisma Putra and the Embassy of Malaysia in Tokyo are closely monitoring the situation. The Embassy is also in close contact with the Japanese authorities for the latest updates on the situation and for any advisories.
PUTRAJAYA
15 April 2016
KEJADIAN GEMPA BUMI DI DAERAH KUMAMOTO, JEPUN
14 APRIL 2016
Satu gempa bumi berukuran 6.5 skala richter melanda Daerah Kumamoto, Kepulauan Kyushu yang terletak 1,186 km di selatan Tokyo pada jam 9.26 malam, 14 April 2016. Sekurang-kurangnya sembilan dilaporkan terkorban dan 765 lagi cedera dalam kejadian tersebut.
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo telah dapat menghubungi 18 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology. Kesemua pelajar dilaporkan selamat dan berada di zon pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar Kumamoto. Kedutaan Besar Malaysia juga sedang mengesahkan status rakyat Malaysia lain yang mungkin berada di kawasan terjejas sewaktu kejadian.
Kerajaan Jepun mengumumkan bahawa pihak berkuasa telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani situasi ini serta menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi semasa dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk sebarang makluman serta perkembangan terkini.
PUTRAJAYA
15 April 2016