Kedutaan Besar Malaysia di Berne ingin memaklumkan rakyat Malaysia yang akan mengundi sebagai Pengundi Pos/Pengundi Tidak Hadir (PTH) di Kedutaan Besar Malaysia di Berne bahawa Sampul Keutamaan undi pos akan diserahkan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat
Kedutaan Besar Malaysia, Berne,
Jungfraustrasse 1,
3005 Berne.
2. Kedutaan ingin mengingatkan pengundi supaya datang sendiri ke Kedutaan Besar Malaysia di Berne untuk mengambil Sampul Keutamaan. Wakil tidak dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak pengundi. Pengundi perlu membawa Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa untuk tujuan pengesahan.
3. Bersama-sama ini disertakan Kenyataan Media Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berkenaan perkara ini untuk makluman tuan/puan.
Kedutaan Besar Malaysia, Berne
17 April 2013