RESPONSE TO THE
COMMENTS CONCERNING MALAYSIA BY THE UNITED NATIONS HIGH COMMISSIONER FOR HUMAN RIGHTS IN HIS STATEMENT UNDER AGENDA ITEM 2 OF THE 31ST SESSION OF THE HUMAN RIGHTS COUNCIL
The United Nations High Commissioner for Human Rights, His Excellency Zeid Ra’ad Al Hussein had commented on the human rights situation in Malaysia, during the presentation of his Annual Report under Agenda Item 2: Interactive Dialogue with the High Commissioner for Human Rights at the 31st Regular Session of the Human Rights Council in Geneva on 10 March 2016. He made specific references to the limiting of democratic space in Malaysia and Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
The Government of Malaysia regrets that the concerns expressed by the High Commissioner was based on unsubstantiated and one sided information. In the case of DSAI, the Government had provided an extensive response towards the opinion adopted by the United Nations (UN) Working Group on Arbitrary Detention (WGAD). The Government maintains that based on indisputable facts and legal basis, DSAI is not a political prisoner and was convicted after a fair and lengthy trial.
The overall progress and efforts by the Government of Malaysia in ensuring the enjoyment of human rights in Malaysia are attributed to the Government’s steadfast commitment to uphold the rule of law and human rights. The Government has and will continue to provide the necessary democratic space for its citizens. In the same manner, the Government has the obligation to ensure peace, stability and harmony in the country which are preconditions of the full enjoyment of rights.
In the interest of accuracy, the Permanent Mission of Malaysia to the United Nations in Geneva on 11 March 2016 had exercised Malaysia’s Right of Reply at the 31st Regular Session of the Human Rights Council (HRC) to respond to the allegations on the situation of human rights in Malaysia. The full text of Malaysia’s statement is as attached.
Malaysia accords the utmost importance to the work of the Human Rights Council as an inter-governmental body that is guided by the principles of universality, impartiality, objectivity and non-selectivity. Therefore, the Government of Malaysia hopes that the Council would be balanced in its assessments of the human rights situation of all member states. Malaysia values the constructive dialogue and active engagement that the UN Human Rights Council is predicated on and will continue to maintain close cooperation with its mechanisms.
PUTRAJAYA
12 MARCH 2016
MAKLUM BALAS KE ATAS KOMEN MENGENAI MALAYSIA OLEH PESURUHJAYA TINGGI HAK ASASI MANUSIA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) DALAM KENYATAAN BELIAU DI BAWAH AGENDA 2 SESI KE-31 MAJLIS HAK ASASI MANUSIA
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tuan Yang Terutama Zeid Ra'ad Al Hussein telah membuat komen mengenai keadaan hak asasi manusia di Malaysia, semasa pembentangan Laporan Tahunan beliau di bawah Agenda 2: Dialog Interaktif dengan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Sesi ke-31 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada 10 Mac 2016. Beliau telah membuat rujukan khusus kepada isu ruang demokrasi terhad di Malaysia dan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Kerajaan Malaysia kesal dengan komen yang disuarakan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang berdasarkan maklumat yang tidak berasas dan berat sebelah. Mengenai kes DSAI, Kerajaan telah memberi maklum balas yang menyeluruh kepada Kumpulan Kerja PBB mengenai Penahanan Sewenang-wenang (WGAD). Kerajaan ingin menegaskan bahawa atas asas undang-undang serta fakta yang tidak dapat disangkal, DSAI telah didapati bersalah selepas perbicaraan yang adil yang telah mengambil tempoh yang panjang. Beliau bukanlah seorang tahanan politik.
Progres menyeluruh serta usaha Kerajaan Malaysia dalam memastikan hak-hak asasi manusia di Malaysia terjamin adalah disebabkan oleh komitmen teguh pihak kerajaan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia. Kerajaan telah dan akan terus memberikan ruang demokrasi yang diperlukan untuk rakyatnya. Dalam keadaan yang sama, Kerajaan mempunyai kewajipan untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keharmonian di negara ini yang merupakan pra-syarat bagi kenikmatan hak sepenuhnya.
Demi memastikan ketepatan, pada 11 Mac 2016 Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva telah melaksanakan Hak Menjawab ('Right of Reply’) pada Sesi ke-31 Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) untuk memberi maklum balas Kerajaan di atas dakwaan-dakwaan mengenai keadaan hak asasi manusia di Malaysia. Sesalinan teks kenyataan Malaysia adalah seperti yang dilampirkan.
Malaysia amat menghormati kepentingan peranan Majlis Hak Asasi sebagai sebuah badan antara kerajaan yang berpandukan prinsip-prinsip sejagat, tidak berat sebelah, objektif dan tidak selektif. Oleh itu, Kerajaan Malaysia berharap agar Majlis Hak Asasi Manusia akan seimbang dalam menilai keadaan hak asasi manusia bagi kesemua negara-negara anggota. Malaysia juga menghargai dialog yang membina serta interaksi aktif yang menjadi asas kepada usaha-usaha Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan akan terus mengekalkan kerjasama rapat dengan mekanisme Majlis Hak Asasi Manusia.
PUTRAJAYA