Karnival Sukan Berlin – Frankfurt yang pertama telah diadakan di Frankfurt pada 17 – 19 Julai 2009.
Pasukan dari Kedutaan Besar Malaysia di Berlin telah diketuai oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman, YBhg. Datuk Zakaria Sulong dan isteri, YBhg. Datin Hazizah Ahmad. Manakala Pasukan daripada Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt diketuai oleh En. Saiful Azam Abdullah dan isteri, Puan Khadijah Mahmud.
Karnival tersebut telah dimulakan dengan jamuan BBQ yang di sediakan oleh PERWAKILAN Frankfurt, di kediaman rasmi Konsul Jeneral pada petang, 17 Julai 2009.
Pada hari keesokannya, senamrobik yang diketuai oleh YBhg. Datin Hazizah Ahmad telah diadakan. Permainan persahabatan golf, badminton dan bowling juga telah diadakan.
Pada hari terakhir, pegawai dan kakitangan serta keluarga dari Berlin dan Frankfurt telah dijamu dengan sarapan pagi. Ianya telah diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukan persahabatan dan ucapan oleh TYT Datuk Zakaria Sulong dan En. Saiful Azam Abdullah. Pasukan dari Berlin telah muncul sebagai juara di Karnival Sukan yang pertama ini.
Kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan dan kekeluargaaan untuk menjayakan Karnival ini.
Karnival ini telah dapat merapatkan lagi perhubungan pegawai dan kakitangan serta keluarga Malaysia daripada Kedutaan Besar Malaysia di Berlin dan Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt.