Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt telah menerima kunjungan hormat oleh En. Ganesh Muren, salah seorang ´TN50 Youth Ambassador‘ pada 3 Julai 2017. Pada kunjungan hormat tersebut, pelbagai isu dan perkara telah dibincangkan yang melibatkan generasi muda dan belia dalam membangunkan negara dan peranan duta-duta TN50 untuk membantu mencapai aspirasi negara.