Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt telah mengadakan kunjungan perpisahan ke atas Lord Mayor of Eisenach, PYT Katja Wolf pada 28 Ogos 2017 di Eisenach, Republik Persekutuan Jerman.
Pertemuan tersebut berlangsung selama 30 minit di mana Puan Adina Kamarudin telah mengucapkan penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan selama beliau berkhidmat di Frankfurt sebelum berlepas pulang ke Malaysia pada 7 September 2017 ini untuk melaporkan diri semula di Kementerian Luar Negeri.