YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak telah singgah di Frankfurt pada 29 September 2017 untuk melakukan lawatan ke Taman Teknologi Energiepark serta mendengar taklimat mengenai teknologi hydrogen yang diberi oleh Siemens AG. YAB Ketua Menteri dan rombongannya disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia ke Frankfurt dan mengiringi mereka ke tapak lawatan tersebut yang terletak di Mainz, iaitu 40 minit perjalanan dengan kereta daripada Frankfurt.