2Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia, Frankfurt selaku Pengerusi PERWAKILAN Malawakil Frankfurt telah mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan Frankfurt Bil. 2/2017 pada 12 Julai 2017. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt dan telah dihadiri oleh semua AJK PERWAKILAN dan juga ahli perwakilan. Mesyuarat antara lain turut membincangkan program-program yang telah diadakan oleh PERWAKILAN Frankfurt sepanjang Januari hingga Jun 2017 dan juga yang akan diadakan pada masa-masa akan datang.