Mission News

PENGUMUMAN PENTING BAGI RAKYAT MALAYSIA DI REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN

12 March 2020 1 views

PERHATIAN SEGERA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI JERMAN 

 

Assalamualaikum, Guten Tag dan salam sejahtera, pihak Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt kini telah menyediakan borang perhubungan online untuk dilengkapkan oleh rakyat Malaysia yang berada di negara Jerman. Langkah ini adalah untuk memudahkan perhubungan antara pihak Konsulat dengan rakyat Malaysia di Jerman.  Ini adalah proses untuk mengumpul maklumat dan mengambil langkah-langkah persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan krisis Covid-19 di Jerman. Mohon untuk lengkapkan maklumat anda di pautan berikut : -

 

https://forms.gle/NuhMHwhLs75eHJTZA

 

Konsulat Jeneral Malaysia

Frankfurt

 

12 Mac 2020

Share:
Link copied to clipboard
Back