Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah berkesempatan bertemu dengan pasukan kulinari kebangsaan Malaysia yang berada di Stuttgart bagi menyertai IKA Culinary Olympics 2024 dari 2 hingga 7 Februari 2024. Pasukan kebangsaan yang telah diketuai oleh Chef Mohd Kamaruddin Adnin (Chef Bob Adnin) dan Chef Pele Kuah ini telah berjaya merangkul pingat perak dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Restaurant of Nations dan Chef‘s Table. Tahniah diucapkan.
