Salah satu aktiviti tahunan yang mashyur di Frankfurt adalah Pesta Buku Antarabangsa dan pada tahun ini ianya diadakan pada 11-15 Oktober 2017. Delegasi Malaysia ke Pesta Buku ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Wahab Ibrahim, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Ahli-ahli delegasi lain terdiri daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Perbadanan Kota Buku (PKB), Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Ketua delegasi beserta dengan ahli-ahli lain seramai 15 orang telah mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Jeneral pada 10 Oktober 2017. Turut hadir dalam delegasi ini ialah empat orang wakil media daripada TV3; BERNAMA dan Berita Harian.
Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt turut diundang oleh Ketua Pengarah DBP untuk melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan di Frankfurt pada 13 Oktober 2017.