Mission News

Program Taste of The World, 20 Mei 2017

31 May 2017 1 views

Pada 20 Mei 2017, Konsulat Malaysia di Frankfurt, Republik Persekutuan Jerman bersama-sama ahli PERWAKILAN telah berganding bahu bagi menjayakan program ‘Taste of the World’ (TOTW) yang diadakan di International Schule Frankfurt.  Program ini yang saban tahun diadakan melibatkan beberapa buah negara seperti India, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Turki, Rusia, Perancis, China, Sepanyol, Jerman, Jepun, Mexico dan Kanada.

 

Puan Adina Kamarudin, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt turut sama bergembleng tenaga bersama-sama ahli PERWAKILAN pada hari tersebut untuk mempromosikan pelbagai makanan dan juadah rakyat Malaysia kepada pengunjung gerai Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.  Ini secara tidak langsung dapat menarik minat pengunjung terhadap makanan dan kebudayaan Malaysia.

 

Program ini yang berlangsung dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 4.00 petang dan rata-rata pengunjung yang berkunjung ke gerai jualan Malaysia amat gembira dengan makanan yang disajikan seperti nasi lemak, nasi pulao, roti jala, bihun dan mee goreng, roti canai, dhal, ABC dan juga aiskrim Malaysia.  Secara keseluruhannya, program Taste of the World ini berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PERWAKILAN dan juga pegawai-pegawai Konsulat.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back