Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada 30 Mac 2025 bersamaan 1 Syawal 1446H. Lebih 150 orang tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia serta Friends of Malaysia dari Frankfurt dan kawasan sekitarnya, telah hadir bagi memeriahkan suasana. Pelbagai juadah tradisional telah disediakan oleh PERWAKILAN Frankfurt termasuk rendang, nasi himpit, lemang, pulut kuning, roti jala, kari ayam, kari kambing, soto serta kuih-muih. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini! Semoga ukhuwah yang terjalin semakin erat.
