Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2024, Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt telah menganjurkan permainan badminton pada 11 Oktober 2024 bertempat di Tennis Badminton Oberursel, Frankfurt. Seramai 33 orang Home Based Staff bersama ahli keluarga masing-masing telah menyertai program tersebut. Program dimulakan dengan senaman pemanas badan secara berkumpulan dan diikuti dengan permainan badminton yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategorilelaki, wanita dan kanak-kanak.




