Kelab Malaysia Deutschland (MCD) telah menganjurkan majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Frankfurt pada 4 Mac 2018 bertempat di Restaurant Yanjing, iaitu salah sebuah restoran terkenal di bandaraya ini. Seramai 84 orang ahli-ahli Kelab MCD beserta dengan rakan-rakan Jerman hadir memeriahkan sambutan Tahun Baru ini. Konsul Jeneral turut menyertai dalam aturcara tersebut dan menyanjungi semangat perpaduan dan rasa muhibbah yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di Frankfurt.