Mission News

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA MENGENAI TARIKH UNDI POS DI LUAR NEGARA

16 April 2013 1 views

KENYATAAN MEDIA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

PENYERAHAN DAN PENERIMAAN BALIK SAMPUL KEUTAMAAN

 

1. Mulai Pilihan Raya Umum Ke-13, SPR telah membuat ketetapan kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) untuk menerima kertas undi pos di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sebagaimana yang dipohon. 


2. SPR bercadang untuk membuat penyerahan dan penerimaan balik Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di  Pejabatpejabat Perwakilan Malaysia pada ketetapan seperti yang berikut ;  

 

Pejabat Perwakilan Malaysia di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia :


Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)  Masa  : 9.00 a.m hingga 8.00 p.m 

 

Semua Pejabat-Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain :
 
Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)  Masa  : 9.00 a.m hingga 6.00 p.m 


3. SPR  menetapkan masa penyerahan dan penerimaan balik Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di  Pejabat Perwakilan Malaysia di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia dilanjutkan selama 2 jam berbanding Pejabat-pejabat Perwakilan yang lain disebabkan Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia berkenaan mempunyai jumlah pengundi pos melebihi 1,000 orang.


4. Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH hendaklah hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia dengan menunjukkan Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa kepada petugas-petugas SPR di Pejabat Perwakilan yang berkenaan. Sampul Keutamaan TIDAK akan diserahkan kepada  mereka yang tidak membawa dokumen pengenalan diri. Wakil atau saudara juga  tidak dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu yang lain.
 
5. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH yang  hadir ke Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia akan diserahkan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos.  Kertas undi yang telah ditanda perlu dimasukkan ke dalam Karung Khas SPR yang disediakan di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Sampul-Sampul yang mengandungi kertas undi pos di dalam Karung Khas SPR tersebut akan dibawa pulang ke Malaysia  pada hari yang sama  untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing. 

  
6. Namun demikian, sekiranya  terdapat Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara atau PTH  mengambil Sampul Keutamaan selepas hari penyerahan atau mengembalikan Sampul yang mengandungi kertas undi pos  selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, mereka dikehendaki menguruskan sendiri urusan  penghantaran balik  ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkaitan dan dengan perbelanjaan sendiri.  


7. Sehingga kini semua Borang 1B telah dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing (Parlimen) untuk tujuan kelulusan Pegawai Pengurus. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara  dijangka boleh membuat semakan mengenai keputusan permohonan mengundi melalui pos dan maklumat yang berkaitan dengan tarikh, masa dan alamat Pejabat Perwakilan

 

Malaysia di luar negara di laman web SPR di www.spr.gov.my bermula pada 19 April 2013. 
 
Sekian dan terima kasih 

…………………t.t……………………

(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)

Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 15 April 2013
 

Share:
Link copied to clipboard
Back