2.1 Tindakan Semasa Membuat Permohonan SKB
2.1.1 Tindakan oleh Pemohon
a) Pemohon Warganegara Malaysia
· Pemohon perlu membuat permohonan di laman web KLN (www.kln.gov.my) melalui pautan E-Consular Online Service;
· Pemohon perlu mengisi butiran diri yang diminta di Sistem E-Konsular (PDRM)
· Pemohon perlu memuat naik gambar warna berukuran pasport (di ruangan yang berkenaan)
· Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar dengan menekan butang HANTAR atau SEND
· Pemohon akan menerima Slip Akuan Penerimaan Permohonan. Slip ini hendaklah disimpan sebagai rujukan / semakan permohonan serta digunakan semasa membuat kutipan SKB (yang telah lulus).
b) Pemohon Bukan Warganegara Malaysia
· Pemohon perlu membuat permohonan di laman web KLN (www.kln.gov.my) melalui pautan E-Consular Online Service;
· Pemohon perlu mengisi butiran diri yang diminta di Sistem E-Konsular (PDRM);
· Pemohon perlu memuat naik gambar warna berukuran pasport (di ruangan yang berkenaan);
· Pemohon perlu memuat naik salinan pasport (muka surat maklumat peribadi dan gambar) di ruangan yang berkenaan;
· Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar dengan menekan butang HANTAR atau SEND; dan
· Pemohon akan menerima Slip Akuan Penerimaan Permohonan. Slip ini hendaklah disimpan sebagai rujukan / semakan permohonan serta digunakan semasa membuat kutipan SKB (yang telah lulus).
2.1.2 Tindakan oleh Pegawai Konsular (di Bahagian Konsular, Pejabat Wilayah Sabah, Pejabat Wilayah Sarawak dan Malawakil)
a) Permohonan daripada Warganegara Malaysia
· Pegawai Konsular membuat semakan pada gambar dan kad pengenalan pemohon menggunakan Sistem ALIS (Jabatan Pendaftaran Negara); dan
· Pegawai Konsular mengesahkan / mengemaskini maklumat pemohon untuk tujuan tapisan / pemeriksaan oleh PDRM.
b) Permohonan daripada Bukan Warganegara Malaysia
· Pegawai Konsular membuat semakan dan perbandingan pada gambar pemohon (yang dimuat naik ke dalam sistem) dengan gambar pada pasport pemohon; dan
· Pegawai Konsular mengesahkan / mengemaskini maklumat pemohon untuk tujuan tapisan / pemeriksaan oleh PDRM.
2.2 Tindakan semasa kutipan / serahan SKB di Kaunter Konsular
2.2.1 Tindakan oleh Pemohon
a) Semasa membuat kutipan SKB di Kaunter Konsular, pemohon hendaklah membawa bersama:
· Slip Akuan Penerimaan Permohonan;
· Wang tunai sebanyak atau sama nilai (bagi matawang asing) dengan Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja (RM20); dan
· Surat kebenaran bertulis daripada pemohon (sekiranya kutipan SKB dibuat oleh pihak lain, selain dari pemohon sendiri).
2.2.2 Tindakan oleh Pegawai Konsular
a) Semasa membuat serahan di Kaunter Konsular, Pegawai Konsular hendaklah memeriksa Slip Akuan Penerimaan Permohonan yang diterima daripada Pemohon dan membuat salinan Slip berkenaan untuk tujuan rekod;
b) Mengeluarkan resit pembayaran bernilai atau sama nilai (bagi matawang asing) RM20 kepada Pemohon; dan
c) Mencetak SKB untuk diserahkan kepada Pemohon.
2.3 Tindakan bagi serahan SKB secara Pos
2.3.1 Tindakan oleh Pemohon
a) Bagi tujuan penghantaran SKB secara pos, Pemohon hendaklah menyediakan / sertakan:
· Slip Akuan Penerimaan Permohonan (dimasukkan ke dalam sampul surat);
· Sampul Surat saiz A4 beralamat sendiri dengan setem mencukupi;
· Wang Draf / Wang Pos sebanyak atau bernilai (bagi matawang asing) Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja (RM20) dibayar atas nama nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA atau KEDUTAAN BESAR MALAYSIA / SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA / KONSULAT JENERAL MALAYSIA di mana SKB ini dipohon
2.3.2 Tindakan oleh Pegawai Konsular
a) Pegawai Konsular perlu memeriksa Slip Akuan Penerimaan Permohonan yang dipos oleh Pemohon
b) Pegawai Konsular mengeluarkan resit pembayaran bernilai atau sama nilai (bagi matawang asing) RM20 kepada Pemohon
c) Pegawai Konsular mencetak SKB dan menguruskan penghantaran secara pos.