Mission News

PELAKSANAAN MY1LOGIN BAGI PELBAGAI PERKHIDMATAN KERAJAAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

19 January 2014 1 views

Untuk makluman, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melancarkan My1Login, iaitu satu gerbang perkhidmatan Kerajaan secara atas talian (online) yang memberi kemudahan kepada orang awam untuk mengakses pelbagai perkhidmatan Kerajaan dari 30 portal Kementerian /  Agensi yang terpilih melalui satu (1) Log Masuk sahaja. Melalui gerbang My1Login, pengguna hanya perlu mendaftar masuk / mengingat satu (1) kata laluan Log Masuk sahaja bagi semua transaksi yang terdapat di gerbang perkhidmatan tersebut.

 

Pelaksanaan My1Login ini dibuat secara berperingkat melalui tiga (3) Fasa dengan 10 Kementerian / Agensi bagi setiap Fasa. Sistem e-Konsular Kementerian Luar Negeri (KLN) adalah salah satu sistem online yang terlibat dalam Fasa 1 pelaksanaan My1Login. Aplikasi yang terdapat di dalam Sistem e-Konsular adalah Pendaftaran Rakyat Malaysia di Luar Negara, Permohonan Sijil Kelakuan Baik dan Permohonan Sijil Pelepasan Keluar Negeri.

 

My1Login telah dimulakan pada 6 November 2013 dan boleh diakses melalui laman sesawang di www.malaysia.gov.my. Sistem ini juga sedang dipantau keberkesanannya oleh MAMPU di tahap penerimaannya oleh pelanggan. Walaupun Sistem e-Konsular telah dimasukkan ke dalam My1Login, pengguna sistem e-Konsular masih juga boleh mengaksesnya melalui portal Kementerian Luar Negeri. Namun sekiranya orang awam ingin mengakses sistem e-Konsular dan dalam masa yang sama mahu menggunakan kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian / Agensi kerajaan lain, mereka digalakkan menggunakan gerbang perkhidmatan My1Login.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back