Duta Besar Malaysia ke Algeria bersama pegawai Kedutaan mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Algiers bagi memberikan taklimat terus mengenai situasi semasa di rantau ini. Tuan Yang Terutama meluangkan masa untuk mendengar sendiri aspirasi dan kebimbangan para pelajar, bagi memastikan mereka merasa sentiasa disokong dan selamat sepanjang tempoh pengajian. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah langkah-langkah keselamatan peribadi serta perkembangan terkini nasihat perjalanan (travel advisory). Pihak Kedutaan akan sentiasa menjadi rumah di perantauan buat semua rakyat Malaysia
Wisma Putra
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Luka Nis Man
Rizany Irwan
Persatuan Mahasiswa Malaysia Algeria - PIQMA