Mission News

Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei 2018

30 April 2018 1 views

Kepada kesemua warganegara Malaysia di Republik Algeria yang telah membuat pendaftaran sebagai pemilih secara atas talian dan menghantar Borang 1B, iaitu Borang Permohonan Kertas Undi Pos bagi Pengundi Pos Luar Negara, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan menghantar kertas undi tuan/puan kepada alamat yang telah dikemaskini dalam Borang 1B tersebut.

Bagi melancarkan lagi kaedah penghantaran undi pos pada PRU-14 ini, pihak SPR telah memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Bhd. sepenuhnya dalam urusan penghantaran sehala Sampul-sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi untuk pengundi-pengundi di luar negara meliputi Kategori 1B dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) pada PRU Ke-14 kali ini. Namun begitu, penghantaran balik sampul-sampul yang mengandungi kertas undi ke Malaysia adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan sendiri, termasuk kos penghantaran yang tidak ditanggung oleh pihak SPR. Penghantaran boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan kurier sedia ada di Republik ini.

Perlu diingatkan bahawa kertas undi pos bagi Pengundi Tidak Hadir dan Pengundi Pos yang layak, akan diposkan oleh Pos Malaysia Bhd. dua (2) hari selepas tarikh penamaan calon.  Tempoh penghantaran balik semula undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus di Malaysia pada hari pengundian iaitu hari Rabu, 9 Mei 2018 sebelum jam 5.00 petang.

Untuk keterangan lanjut mengenai perkara ini, pihak tuan/puan bolehlah merujuk kepada Kenyataan Media SPR Bil.27/2018 di http://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM_Bil.27.2018.pdf

Share:
Link copied to clipboard
Back