Mission News

PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT DAN PROGRAM SERANTA DAN DIPLOMASI AWAM 2013

02 December 2013 1 views

LAPORAN PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT DAN PROGRAM SERANTA DAN DIPLOMASI AWAM 2013 (JULAI HINGGA NOVEMBER).

 

Program Bersama Rakyat Malaysia di Algiers, Algeria

Lokasi: Kedutaan Besar Malaysia di Algiers

Tarikh: 23 November 2013

 

Pada 23 November 2013, Malawakil Algiers telah mengadakan pertemuan dengan semua rakyat Malaysia dari seluruh Algeria di bawah Program Mendampingi Rakyat Malaysia. Program bermula pada jam 11.30 pagi dan dimulai dengan ucapan oleh Kuasa Usaha Sementera / Ketua Canseri, Puan Rosmawati Mat Junoh. Ketua Canseri menyampaikan rasa terima kasih bagi pihak Malawakil kerana ramai warga Malaysia yang hadir walaupun ada yang menentap jauh dari bandar Algiers seperti dari Wilayah Contantine (Timur Algeria – sempadan Tunisia) dan dari Wilayah Oran dan Tlemcen (Barat Algeria – sempadan Morocco).

 

2.         Ucapan Ketua Canseri antara lain menyentuh mengenai jalinan kerjasama di antara Malaysia dan Algeria terutama sekali dalam bidang perniagaan, pertanian, hartanah dan pendidikan. Selain itu, Ketua Canseri turut memohon kerjasama daripada semua yang hadir supaya dapat mengemaskini maklumat mereka dengan pihak Kedutaan dan turut meminta mereka untuk menyampaikan maklumat kepada warga Malaysia yang lain di Algeria mengemaskini data peribadi bagi memudahkan pihak Kedutaan menghubungi mereka. Ketua Canseri juga mengingatkan semua warga Malaysia yang berada di Algeria untuk sama-sama menjaga nama baik negara dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 

 

3.         Program berkenaan telah diadakan bagi mengekalkan hubungan silaturahim yang sediada dengan lebih rapat lagi di antara warga Kedutaan dan rakyat Malaysia yang menetap di seluruh Algeria. Selain itu, Ketua Canseri dan semua Home Based Staff telah mengambil peluang untuk menyampaikan maklumat dan memberikan penerangan berkaitan situasi terkini di Malaysia khususnya perkembangan terkini di Malaysia dan polisi serta dasar-dasar Kerajaan Malaysia.

 

4.         Secara keseluruhan, Program ini telah berjaya mencapai objektifnya walaupun diadakan secara bersederhana dengan dihadiri seramai 36 orang tetamu termasuklah tetamu jemputan rakyat tempatan. Kebanyakkan warga Malaysia yang hadir adalah mereka yang bekerja di sekitar bandar Algiers bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing serta rakyat Malaysia yang berada di timur dan barat Algeria. Perjumpaan kali ini digunakan oleh Malawakil untuk merapatkan lagi tali silaturahim antara rakyat Malaysia di Algeria terutama sekali di Algiers. Peluang ini turut digunakan oleh Malawakil untuk menyampaikan maklumat kepada warga Malaysia.

5.         Rakyat Malaysia yang hadir menggunakan kesempatan ini untuk beramah mesra semasa mereka. Peluang ini turut digunakan oleh Malawakil untuk mendapatkan maklumat serta bertukar-tukar pandangan berkenaan kehidupan, situasi dan juga keadaan terkini di Malaysia dan juga di Algeria. Malawakil merasakan adalah perlu diadakan perjumpaan dengan warga Malaysia dari masa ke semasa bagi memberikan peluang kepada rakyat Malaysia di Algeria untuk beramah mesra dan juga Malawakil dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkenaan Malaysia kepada mereka. 

6.         Aktiviti yang dilakukan bersama juga dapat memberikan peluang kepada rakyat Malaysia yang baru tiba di Algeria untuk mengenali rakyat Malaysia yang lain dan Malawakil secara amnya.

 

   JEMPUTAN RAKYAT MALAYSIA DAN KELUARGA MULA MEMENUHI

 

TEMPAT DUDUK

·                     BAGI MEMBERKATI MAJLIS, BACAAN DOA DIKETUAI OLEH SETIAUSAHA KETIGA, ENCIK MOHD NAJIB MOHD ALI

 

 

 LAGU NEGARAKU DINYANYIKAN DENGAN PENUH RASA HORMAT DAN BANGGA

 

 

  KETUA CANSERI, PUAN ROSMAWATI BINTI MAT JUNOH MEMBERIKAN UCAPAN

Share:
Link copied to clipboard
Back