Mulai 24 Julai 2020, semua individu yang baru pulang dari luar negara dan memasuki Malaysia, akan dikenakan perintah kuarantin wajib di Stesen Kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia [(selepas ini dirujuk sebagai Person Under Surveillance (“PUS”)]
Lokasi: Stesen Kuarantin termasuk hotel-hotel atau mana-mana premis lain yang ditentukan oleh Kerajaan.
Tempoh: 14 hari
Kadar kos kuarantin:
Warganegara: Dalam Kadar Seratus Peratus (100%) daripada kadar harga siling Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh (RM150) sehari seorang berdasarkan kepada tempoh kuarantin di Premis Hotel sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bukan Warganegara (termasuk tanggungan kepada warganegara): Dalam kadar Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh (RM150) sehari seorang berdasarkan kepada tempoh kuarantin di Premis Hotel sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat: Kos Kuarantin akan ditanggung oleh Kerajaan.
Kaedah bayaran: PUS perlu membayar sejumlah deposit / pembayaran penuh kepada pihak Pengusaha / Pemilik / Pihak Hotel sewaktu proses daftar masuk. Penggunaan kad kredit adalah digalakkan. Bagi tujuan pembayaran sebenar atau sekiranya terdapat pemulangan baki akan dilaksanakan sewaktu proses daftar keluar.
SENARAI SEMAK
-SEBELUM KETIBAAN
1. Menandatangani Surat Aku Janji dan Indemniti / Letter of Undertaking and Indemnity (“LoU”) - https://bigbox.1govuc.gov.my/index.php/s/XSMrbkSoZ73zWiX
2. Mengemukakan LOU ke mwmadrid@kln.gov.my, 3 hari sebelum tarikh berlepas, beserta salinan passport, maklumat penerbangan dsb.
3. Mendapatkan Notis Perjalanan daripada Kedutaan Besar Malaysia menerusi emel.
4. Muat turun, aktifkan dan daftar applikasi MySejahtera - https://mysejahtera.malaysia.gov.my
MAKLUMAT PENTING
- Notis Perjalanan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Madrid perlu dikemukakan semasa proses pendaftaran masuk penerbangan.
- Bagi penumpang bukan warganegara Malaysia, kegagalan untuk mengemukakan Notis Perjalanan boleh menyebabkan warganegara tersebut dinafikan hak menaiki pesawat. Kegagalan untuk mengemukakan dokumen tersebut hanya akan menyukarkan proses kemasukan warganegara tersebut ke Malaysia dan juga melambatkan proses kuarantin.
UJIAN PCR
- Penumpang/pengembara ke Malaysia tidak diwajibkan untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 3 hari sebelum pelepasan ke Malaysia. Namun, penumpang/pengembara perlu menyemak dengan pihak penerbangan (airlines) berkenaan keperluan untuk menjalani ujian Covid-19 sebelum dibenarkan menaiki pesawat.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Telefon: +34 915550684/915550737
Emel: mwmadrid@kln.gov.my
FB: Malawakil Madrid
Twitter: MYEmbMadrid
Kedutaan Besar Malaysia di Madrid
23 July 2020
