Mission News

MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA DIASPORA MALAYSIA DI BARCELONA DAN SYARIKAT-SYARIKAT TEMPATAN, 5 NOVEMBER 2024

06 November 2024 1 views

Pada 5 November 2024, satu program Sinergi Rakyat Malaysia (PSRM) iaitu Majlis Minum Petang bersama Diaspora Malaysia di Barcelona dan syarikat-syarikat tempatan telah diadakan di Restoran Malaysian Street Delight. Turut hadir adalah YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia sebagai tetamu khas serta delegasi dari Kementerian Digital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Digital Malaysia.

 

 

 

Majlis Minum Petang tersebut adalah susulan lawatan kerja Malawakil Madrid ke Barcelona bagi mengiringi YB Menteri Digital dan delegasi ke Smart City Expo World Congress 2024. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 50 orang warga Malaysia dan 30 orang warga asing bagi mempromosi Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk kebudayaan, makanan, perdagangan dan pelaburan.

 

 

 

Majlis tersebut telah dimulakan dengan pembentangan berhubung Malaysia oleh Kuasa Usaha Sementara Malawakil Madrid serta sesi ramah mesra bersama diáspora Malaysia di Barcelona. Ini merupakan kali pertama Kuasa Usaha Sementara dapat bertemu dengan diaspora Malaysia di Barcelona semenjak tiba di Perwakilan pada bulan Jun 2023. Malawakil juga telah mengambil peluang untuk mengajak rakyat Malaysia yang belum berdaftar untuk mendaftarkan diri mereka dengan Malawakil.

Para hadirin telah dijamukan dengan sajian masakan Malaysia dimana semua warga Malaysia mengucapkan kesyukuran di atas penganjuran program yang jarang-jarang diadakan oleh Malawakil di Barcelona. Ia membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk berkumpul di bawah satu bumbung dan mengenali antara satu sama lain.  

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back