Mission News

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERWAKILAN MADRID SESI 2025/2026

31 January 2025 1 views

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERWAKILAN Madrid Sesi 2025/2026 telah diadakan pada 24 Januari 2025 dan telah dipengerusikan oleh Puan Iza Naqwiyah Ishak, Pengerusi PERWAKILAN Madrid dan dihadiri seramai dua (2) orang ahli.

Encik Mohd Farhan Mohd Areffin, Penasihat PERWAKILAN Madrid meluangkan masa untuk hadir dan sekaligus merasmikan mesyuarat. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas  sumbangan dan penglibatan ahli sepanjang tahun 2024.

Puan Pengerusi seterusnya meneruskan mesyuarat dengan membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi suku tahun pertama pada tahun ini dan mesyuarat diakhiri dengan sesi bergambar.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back