Acara Morning Coffee telah diadakan di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Madrid, dan dihoskan oleh Datin Siti Raknor Mohd Daud. Dalam program ini, kesemua pegawai dan isteri kepada pegawai diplomatik dari semua Kedutaan Asia Pasifik di Sepanyol telah menghadirkan diri.
Semasa acara Morning Coffee ini, para jemputan telah diberi pertunjukan permainan tradisional Malaysia seperti congkak dan lain-lain. Kesemua jemputan menunjukkan minat terhadap permainan congkak tersebut. Para jemputan juga telah dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih tradisional Malaysia yang telah disediakan oleh Datin Siti Raknor dan Pn. Sharina, isteri kepada Setiausaha Ketiga Kedutaan Malaysia di Madrid.
Program ini merupakan acara tahunan di mana setiap negara Asia Pasifik akan bergilir-gilir menjadi hos untuk program ADLAM ini.