Mission News

Sambutan Hari Keputeraan SPB Yang di Pertuan Agong MADRID

25 June 2009 1 views

Sambutan Hari Keputeraan SPB Yang di Pertuan Agong bagi Perwakilan Madrid telah diadakan di Kediaman Rasmi Duta Besar pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 yang lepas.

Gambar sebilangan yang hadir di Majlis tersebut.

 

Rakyat Malaysia yang bekerja, menetap dan belajar di Sepanyol serta ahli keluarga, hadir bagi memeriahkan sambutan.  Disamping itu, beberapa orang kenalan Kedutaan dari masyarakat tempatan juga turut hadir. 

 

Majlis di mulakan dengan ucapan ringkas dan kata-kata aluan dari Duta Besar, YBhg Dato’ Naimun Ashakli dan di ikuti dengan jamuan dan majlis ramah mesra. Kesempatan di ambil oleh rakyat Malaysia untuk bertukar-tukar pendapat serta berita dari tanah air selain berkongsi bersama pengalaman mereka tingal di Sepanyol. 

 

Tetamu telah diraikan dengan pelbagai jenis makanan Malaysia dan ianya amat diminati oleh semua tetamu yang hadir.  Majlis  ini  digunakan sepenuhnya untuk saling bertanya khabar di samping mendapatkan berita terkini mengenai Negara dari para pegawai Kedutaan.

 

Keseluruhannya majlis di atas dapat disambut dengan meriah dan mencapai objektif untuk merapatkan silaturahim antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, serta menunjukkan kasih dan taat kepada SPB Yang Di Pertuan Agong dan negara.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back