Mission News

Sambutan Hari Raya Perwakilan Madrid

27 October 2008 1 views


Majlis sambutan Aidilfitri untuk Perwakilan Madrid telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Oktober 2008, bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar.

 

 

Majlis tersebut telah dihadiri seramai 60 orang rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar Madrid, bahkan datang juga dari Barcelona, Salamanca,  dan beberapa pekan kecil yang lain .  Turut tidak ketinggalan beberapa pegawai TLDM dan ahli keluarga mereka yang tinggal di Cartagena sempena projek kapal selam Malaysia kedua.

 

 

Tetamu di hidangkan dengan juadah masakan Malaysia dan juga kueh mueh hari raya  yang telah di bawa khas dari Malaysia dan juga di sediakan sendiri oleh pegawai dan kakitangan kedutaan.  Suasana ini turut dirasai oleh beberapa rakyat Spanyol yang telah mengahwini rakyat Malaysia.  Majilis ini telah memberi peluang kepada mereka mengenali budaya Malaysia dengan lebih dekat lagi. Kanak-kanak yang jarang mendengar pertuturan bahasa ibunda turut bergembira dengan suasana Malaysia yang mereka adakala nya telah hampir melupainya.

 

 

 

 

 

 

 


 

Majlis di akhiri dengan upacara penyerahan sumbangan bingkisan juadah hari raya dari SPB Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena lawatan kerja baginda berdua ke Sepanyol pada 6 - 8 October 2008 yang lepas kepada semua rakyat Malaysia yang hadir  pada hari tersebut di mana Baginda berdua tidak berkesempatan menemui semua rakyat Malaysia. 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back