Speeches & Statements

LAWATAN KERJA KE LONDON, UNITED KINGDOM (13 – 15 MAC 2023) Perjumpaan Menteri Luar Negeri bersama Setiausaha Luar Negeri, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan United Kingdom, Tuan Yang Terutama James Cleverly.

15 March 2023 1 views

Perjumpaan Menteri Luar Negeri bersama Setiausaha Luar Negeri, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan United Kingdom, Tuan Yang Terutama James Cleverly.

 

Sebaik tiba di London, United Kingdom, saya telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat saya dari United Kingdom, Setiausaha Luar Negeri, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan United Kingdom, Tuan Yang Terutama James Cleverly.

 

Kami telah membincangkan mengenai usaha meningkatkan hubungan dua hala di samping meneroka ruang kerjasama strategik dalam pelbagai bidang seperti keselamatan, perdagangan dan pelaburan, teknologi hijau serta ekonomi digital.

 

Kami turut sama membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

 

Semasa perbincangan tersebut, saya juga sempat mengetengahkan isu minyak sawit yang merupakan salah satu export penting negara dan juga keselamatan serta keselamatan rantau Indo-Pasifik.

 

 

Dr. Zambry Abd Kadir

MENTERI LUAR NEGERI

 

15 Mac 2023

Share:
Link copied to clipboard
Back