PERKEMBANGAN TERKINI GEMPA BUMI DI MAGHRIBI
PERKEMBANGAN TERKINI GEMPA BUMI DI MAGHRIBI
Saya mengikuti secara dekat perkembangan terkini keadaan gempa bumi yang berlaku di Marrakech, Maghribi pada 8 September 2023.
Saya telah menghubungi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Puan Yang Terutama Dato’ Astanah Abdul Aziz bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini kejadian.
Beliau memaklumkan kepada saya, sehingga kini tiada laporan yang melibatkan rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia yang dihubungi setakat ini berada dalam keadaan selamat.
Saya juga akan menghubungi rakan sejawatan saya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi, Tuan Yang Terutama Nasser Bourita bagi mendapatkan maklumat terkini bencana yang berlaku dan seterusnya menawarkan bentuk bantuan yang akan diperlukan sehingga kini.
Salam takziah kepada Kerajaan Maghribi dan semua mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi ini. Saya titipkan doa buat semua rakyat Maghribi.
Dr. Zambry Abd Kadir
MENTERI LUAR NEGERI
10 September 2023