PERNYATAAN PERINGATAN PERJALANAN - PILIHAN RAYA UMUM BANGLADESH 7 JANUARI 2024
PERNYATAAN PERINGATAN PERJALANAN - PILIHAN RAYA UMUM BANGLADESH
7 JANUARI 2024
Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, memantau rapat perkembangan di Bangladesh berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-12 Bangladesh yang akan berlangsung pada 7 Januari 2024.
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengelakkan daripada perjalanan yang tiada keperluan mendesak ke Bangladesh pada tarikh tersebut. Rakyat Malaysia yang bermastautin di Bangladesh adalah dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berjaga-jaga serta menjauhi apa jua bentuk perhimpunan politik.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka seperti butiran berikut:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka
Alamat : House No. 19, Road No. 6,
Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka – 1212
No. Telefon : +88 0241081892/1895
+88 018 4179 8077 (kecemasan)
Emel : mwdhaka@kln.gov.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA
5 Januari 2024