Mission News

LAWATAN KERJA TYT DUTA BESAR MALAYSIA KE MAKASSAR, SULAWESI SELATAN, REPUBLIK INDONESIA, 13-15 OKTOBER 2016

20 December 2016 1 views

TYT Duta Besar Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Makassar bagi menghadiri The 3rd BIMP-EAGA & IMT-GT Trade Expo, Conference & Business Matching 2016 yang diadakan di Makassar, Sulawesi Selatan pada 13 – 15 Oktober 2016. Beliau diiringi oleh beberapa ketua agensi dari Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta. TYT Duta Besar turut mengambil kesempatan ini untuk menyerahkan Letter of Commision sekaligus merasmikan Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Makassar.

 

Penyerahan Letter of Commission Dan Perasmian Pejabat Konsul Kehormat Malaysia Di Makassar

 

Upacara penyerahan Letter of Commission telah disempurnakan oleh TYT Duta Besar Malaysia kepada Bapak Halim Kalla, Konsul Kehormat  Malaysia di Makassar di Dewan Serbaguna, Wisma Kalla, Makassar. Upacara ini telah disaksikan oleh para tetamu seramai 100 orang yang terdiri daripada Gubenor Sulawesi Selatan, Walikota Makassar, Kepala Sub Direktorat Fasilitas Diplomatik Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia, Konsul Jeneral Australia di Makassar, Konsul Jeneral Jepun di Makassar, Wakil Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN), Rektor Universitas Hasanuddin Makassar, Kepala Kepolisian Daerah, Wakil Kepala Bidang Perekonomian, Wakil Kepala Pelancongan, Wakil Bea Cukai (Kastam), staf daripada Pejabat Perkebunan dan Imigrasi Sulawesi Selatan.

 

Sebelum penyerahan Letter of Commission berlangsung, Yth. Wakil Presiden Republik Indonesia meluangkan masa selama 20 minit di majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada adik beliau, Bapak Halim Kalla yang dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia di Makassar. Upacara pemotongan riben telah diadakan untuk merasmikan Pejabat Konsulat Kehormat Malaysia di Makassar oleh TYT Duta Besar Malaysia bersama Bapak Gubernor Sulawesi Selatan.

 

 

 

Program Bersama Pelajar Malaysia Di Makassar

 

TYT Duta Besar Malaysia telah melancarkan Kempen #MalaysiaPeduli pada Sabtu, 15 Oktober 2016. Ia merupakan kempen kebajikan komuniti yang dicetuskan oleh Education Malaysia Jakarta dan dilaksanakan melalui kolaborasi Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) bertempat di Universitas Hasanuddin, Makassar (UNHAS). Okjektif utama kempen ini adalah untuk mengetengahkan usaha konstruktif pelajar Malaysia di Indonesia melalui khidmat komuniti kepada mesyarakat setempat. Dianggarkan seramai 200 orang dari mesyarakat setempat telah hadir bagi menjalani pemeriksaan kesihatan percuma oleh pelajar-pelajar perubatan Malaysia di UNHAS. TYT Duta Besar dalam ucapan perasmian telah menyatakan perlunya pelajar Malaysia untuk berinteraksi dengan mesyarakat setempat sekaligus dapat meningkatkan integrasi dan keyakinan jati diri. Beliau turut menekankan akan kepentingan kesiapsiagaan para pelajar bagi menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar.

Share:
Link copied to clipboard
Back